OLAHRAGA DAN PADANG ZON TAIPING 2019

Asalamualaikum WBT.

Alhamdulillah.....Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya serta inayah-Nya hari ini... Tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Berkat komitmen dan kerjasama daripada semua guru dan ibubapa murid-murid SERI TAIPING yang mengambil bahagian amatlah saya hargai. Lafaz kesyukuran ini juga dipanjatkan agar segala rezeki dan kekuasaan sememangnya datang daripada-Nya, Tuhan Sekalian alam.





Hari ini, tanggal 26 Februari 2019 acara olahraga dan padang peringkat Zon Taiping telah diadakan di SK King Edward VII (2) Taiping yang disertai oleh 40 orang murid mewakili SERI TAIPING.

SERI TAIPING tahun ini bertindak dengan lebih 'agresif' dengan menghantar kesemua acara padang iaitu 100 m, 200 m, 4x100 m, 4x200 m dan 80m Larian Berpagar.






Dalam acara 200 m lelaki tahun 6, Muhd. Niyaz Muqri telah menjuarai pusingan separuh akhir dengan 15.61 saat menewaskan 5 sekolah lain. Untuk pusingan akhir pula, beliau tewas di tempat keempat dengan 16.44 saat.
















Untuk acara yang julung kalinya disertai, inilah 80m Larian Berpagar Hazizi bin Halid, murid tahun 6 telah berjaya mendapat johan dalam pusingan separuh akhir serta melayakkan beliau ke pusingan akhir. Pusingan akhir pula telah menyaksikan beliau sebagai Naib Johan dengan kiraan 15.02 saat. 

Tahniah kepada Hazizi dan Muhd Niyaz Muqri kerana berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menghadapi Zon Taiping kali ini.

Untuk para pelajar yang tidak bernasib baik, jangan pula berasa rendah diri serta berkecil hati. Jadikan Muqri dan Hazizi sebagai ikon yang boleh diambil contoh kelak, Insya Allah.

'KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN