KEM BESTARI SOLAT & AMALI WUDUK

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana Dengan limpah dan kurnianya serta inayah daripada-Nya Jabatan Addiniah dengan kerjasama semua guru serta ibu bapa murid-murid tahun 1 yang yang mengadakan program Kem Bestari solat dan Amali Wuduk berjaya dilaksanakan. 



Program ini adalah bertujuan untuk menyempurnakan pergerakan solat serta menyempurnakan cara-cara mengambil wuduk.

















Program bermula tepat jam 9:00 pagi dengan slot pertama iaitu amali wuduk. Selepas rehat pada jam 10:15 pagi murid didedahkan serta dipimpin bagi menyempurnakan pergerakan dalam solat.

Selain daripada dapat mendekatkan murid kepada Allah Ta'ala dengan lebih sempurna dan tertib, pihak sekolah juga mengharapkan agar program ini mendapat sokongan dan dokongan daripada ibu bapa melalui pembelajaran di rumah.


Akhir kata terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga anak-anak Seri Al Ummah Taiping mendapat manfaat yang sewajarnya.


'SOLAT TIANG AGAMA'



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH