RAGAM KEM KEPIMPINAN LEMBAGA PENGAWAS

Assalamualaikum WBT.



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, merafak sembah kepada Illahi yang tiada penyudah, memohon petunjuk kepada Maha Pencipta yang tinggi kalamnya.













































Kem Lembaga Pengawas dan Ketua Kelas ini diadakan di PULARA, Trong Perak bertarikh 24-26 Februari 2017 dikepalai oleh Jabatan Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Jabatan Kokurikulum. 

Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini lebih kepada kursus kepemimpinan, motivasi diri dan penghayatan serta muhasabah diri. Murid-murid yang menyertai adalah sebanyak 35 orang diiringi oleh 2 orang guru perempuan serta 2 orang guru lelaki. 

Kem yang berteraskan ilmu kehutanan, kenikmatan hidup serta kelangsungan dalam menjalani kehidupan ini telah mencapai sasaran objektif utama dengan memupuk kesedaran nurani dan nikmat kesyukuran. Inilah hasrat yang sekolah mahu sebenarnya.

Tanpa bantuan daripada pihak fasilitator yg diundang, rasanya tidak mampu kami menjalankan aktiviti yang sebaik ini. Terima kasih dan salam penghargaan juga kepada para fasilitator yang diundang bersama-sama berganding bahu menyempurnakan kem kali ini kerana sanggup berkorban tenaga, masa & wang ringgit demi anak-anak bangsa kita. Moga-moga Allah Ta'ala melimpahkan nikmat dan rahmat kepada anda semua.


Selama berkampung di sini, aktiviti yang dijalankan adalah hasil usahasama antara guru dan para fasilitator undangan. Mereka didedahkan dengan aktiviti lasak, sederhana lasak dan biasa. Antara yang dijalankan adalah explorace, jungle tracking, night walk, merentas halangan, laluan burung hantu, LDK, malam kebudayaan dan nilai muhasabah. 

Tak lupa juga kepada Tuan Haji Abdul Hamid selaku Guru Besar yang meluluskan kem ini dengan penuh kepercayaan. Amanah dan tanggungjawab yg digalas oleh para guru yang bertugas di kem amat berat dan penuh teliti serta waspada. Sejambak bunga dan sekalung penghargaan juga untuk para ibu bapa yang menyokong usaha sekolah bagi memantapkan lagi Barisan Kepimpinan Pengawas dan Ketua Kelas SERI Taiping. 




Akhirulkalam, mewakili pentadbiran dan sekolah, saya berasa amat berbesar hati secara total atas kerjasama semua pihak bagi menjayakan kem ini. Moga2 dilimpahi ramatan lil'alaaamiin. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN