LAWATAN WADAH KE SERI TAIPING

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.









Merafak setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Wakil WADAH Pusat, Tuan Haji Ahmad Sulaiman kerana sudi menjenguk kami di SERI Taiping.

Kesudian tuan menjenguk kami di sini diibaratkan "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan". Di samping memberi sedikit motivasi dan sumbangan idea, Tuan Haji juga memberi sumbangan berupa wang tunai kepada guru-guru SERI Taiping yang merupakan pemberian secara "one-off". 

Tuan Haji memulakan jadualnya dengan melawat di sekitar kawasan sekolah dan menziarahi beberapa orang sahabatnya yang uzur di sekitar Taiping. Alhamdulillah. 

Mewakili sekolah, saya dengan berbesar hati mengucapkan terima kasih dan salam penghargaan kepada Tuan Haji atas kesudian membantu kami serta menghulurkan bantuan kepada kami di sini. Insya-Allah, moga usaha dan hasil kerja Tuan Haji mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Amminn..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH