MERENTAS DESA DAERAH LMS 2017

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tahniah kepada para atlet SERI Taiping yang berpeluang menyertai para atlet lain dari seluruh daerah Larut, Matang & Selama dalam larian merentas desa 2017.









Kali ini, SERI Taiping menghantar 8 Orang yang terdiri daripada 4 Lelaki, 4 Perempuan. Mereka yang terpilih adalah para atlet yang dilatih untuk menyertai Ihtifal Sukan Kebangsaan 2017 anjuran Yayasan Takmir Pendidikan yang akan berlangsung pada 17-20 Mac 2017 nanti di Kuantan, Pahang.

Biarpun tidak menerima sebarang no. di peringkat ini, Jabatan Kokurikulum berasa amat bangga kerana usaha gigih mereka mengharumkan nama SERI Taiping tidak pernah dirungutkan. Mereka sanggup berkorban masa & tenaga demi memastikan nama sekolah kekal harum di mata dunia kelak, insya-Allah.

Menerusi larian ini, para atlet lelaki menduduki tempat ke-40 hingga 48 daripada 205 orang peserta, sementara para atlet perempuan tidak bernasib baik dengan tersenarai pada kedudukan yang paling rapuh. 

Walau bagaimanapun, Jabatan Kokurikulum amat berbesar hati meraikan para atlet ini dengan gilang-gemilang. Berkat usaha mereka inilah, sekolah akan mencapai status sekolah elit bukan sahaja bidang sukan malahan bidang akademik & sahsiah juga turut dititikberatkan.

TAHNIAH ! TERUSKAN USAHA !

"Kokurikulum Aktifkan Modal Insan"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN