KOKURIKUKUM : SATU SUKAN DAN SATU UNIT BERUNIFORM DIPERKENALKAN

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Laman sesawang blog SERI Taiping kini dicurahi pelbagai soalan daripada ibu bapa serta para pemerhati yang mengikuti siri-siri tulisan dalam laman ini. Alhamdulillah, berkat kepada Illahi yang mlimpah - ruah, semoga SERI Taiping beroleh maghfirah.

Tahun 2017, tahun yang menjadikan landasan utama menggerakkan bidang kokurikulum dan sukan kepada anak didik SERI Taiping. Satu sukan diperkenalkan dan satu unit beruniform ditubuhkan ; Memanah dan Taekwondo.

Kedua-dua program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak luar yang ditauliahkan secara langsung dari badan-badan bukan kerajaan & keraan yang berdaftar. Pihak sekolah khususnya Jabatan Kokurikulum amat berbesar hati mengalu-alukan keberhasilan kedua-dua program ini supaya menjadi arus pembikinan menggilap modal insan yang bertunjangkan adab dan akhlak yang mulia serta menjadi manusia berguna di mata dunia.

Sesungguhnya manusia hanya merencana selagi terdaya dan usahanya yang melatakan kudrat. Tapi hanya Allah SWT jualah yang berkehendakan dan memperkenankan segalanya. Amin.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH