PERTANDINGAN TAEKWONDO (TERTUTUP) ANJURAN WTF MALAYSIA

Assalamualaikum WBT.

Hari ini, SERI Taiping mencipta sejarah lagi apabila telah menghantar 4 wakil murid menyertai Pertandingan Taekwondo (Tertutup) WTF Malaysia yang diadakan di SK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Pertandingan ini melibatkan persatuan WTF Malaysia sahaja yang dibenarkan terlibat. Murid SERI Taiping khususnya yang telah mencapai tahap tali pinggang kuning dan biru berjaya dengan pencapaian gemilang di sana.






Tetapi sayang, admin tidak dapat hadir untuk memberi sokongan kerana tarikh 26 November 2017 itu majlis walimatul urus admin di sebelah pihak perempuan. Hanya iringan doa dan sokongan padu guru-guru menguatkan pasukan SERI Taiping, insya Allah. 

Mewakili sekolah, admin mengucapkan terima kasih khususnya kepada Sir Jivakumar, Sir Syamsul dan Miss Evy kerana berjaya menghasilkan murid kami dari sekecil-kecil semut, kini gah membesar seperti sang helang nusantara. Tidak lupa juga kepada ibu bapa & murid-murid yang tak jemu-jemu memberi sokongan bagi menaikkan nama sekolah sekali gus mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Tahniah.

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN