PERTANDINGAN CATUR (TERBUKA) ZON TAIPING BAWAH 12 TAHUN

Assalamualaikum WBT.

Letih hari ini kerana letih yang amat memuaskan hati ibubapa, murid dan guru.


15 orang yang dipilih pihak sekolah telah dihantar ke pertandingan catur anjuran Kelab Catur Taiping di Sek Keb Klian Pauh.

Pertandingan bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Mengikut laporan, jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 89 orang meliputi pelajar tahun 1 hingga tahun 6.











SERI Taiping menghantar murid paling ramai iaitu seramai 15 orang dan dinobatkan sebagai "Sekolah Penyertaan Tertinggi". Alhamdulillah.

Tahniah diucapkan kepada 2 peserta termuda yang juga dinobatkan sebagai "Penyertaan Termuda Lelaki & Perempuan". Usaha ini tidak akan berhasil tanpa iringan dan doa serta sokongan daripada ibu bapa murid. Terima kasih banyak-banyak.

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN