PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA PERTANDINGAN CATUR (TERBUKA) ZON TAIPING
Assalamualaikum WBT.
Hari ini, perhimpunan rasmi sekolah telah diadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Trofi kemenangan dalam Pertandingan Catur (Terbuka) Zon Taiping yang diadakan Sabtu lalu, 11 Nov. 2017 di SK Klian Pauh.
Penyampaian sijil penyertaan disempurnakan oleh Tn Hj Abdul Hamid bin Ali, Guru Besar manakala penyampaian trofi kemenangan pula disempurnakan oleh Pn Lizawati bt Shari, Penolong Kanan HEM.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang mengharumkan nama sekolah.
"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"
Ulasan
Catat Ulasan