IHTIFAL SEKOLAH KE 17, 2017

Assalamualaikum WBT. Salam hormat.

Alhamdulillah, segala jerih payah guru-guru SERI TAIPING terubat dengan berakhirnya Majlis Ihtifal Sekolah Kali Ke-17 ini. 














































Dalam ihtifal ini, sekolah mengiktiraf bagi mana-mana murid yang cemerlang sama ada dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah. 

Majlis kali ini dimulakan seawal jam 8.00 pagi di dewan dan dirasmikan oleh Encik Iqbal Shah bin Abdul Ghaffore, Ketua Kampung Mukim Assam Kumbang. Turut hadir, Tn Hj Mustaffa b. Bakar, Pengerusi YTP Negeri Perak, Tn. Hj. Mohd Nizam b. Zainal Abidin, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah dan bagi pihak tuan rumah, Tn. Hj. Abdul Hamid b. Ali, Guru Besar SERI TAIPING.

Majlis penyampaian hadiah kali ini turut mengiktiraf beberapa orang murid yang menjalani ujian pencapaian tali pinggang "penggredan" Uniform Taekwondo yang dijalankan bulan Ogos lalu.

Tokoh Kokurikulum tahun ini disandang oleh Adam Harris dan Muhd. Noor Azham. Mereka telah banyak menyumbang nama baik sekolah di peringkat daerah LMS, Negeri, Kebangsaan, Asia Tenggara mahupun Antarabangsa. Pengiktirafan ini sekali gus membuktikan bahawa pencapaian kokurikulum SERI TAIPING tidak kurang hebatnya. 

Mewakili pentadbir sekolah dan para pendidik SERI TAIPING, jutaan terima kasib diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung khususnya para guru (AJK Pelaksana), Badan Kebajikan Ibubapa (BAKA), ibubapa yang hadir serta para murid yang menerima anugerah. 

Tahniah diucapkan. Selamat Maju Jaya.

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN