KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARABANGSA DI KL

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu dirafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya pasukan Taekwondo sekolah dapat pencapaian gemilang di peringkat antarabangsa.

Lafaz terima kasih juga ditujukan kepada Guru Besar, Tn Hj Abdul Hamid bin Ali kerana mengizin serta membenarkan taekwondo bertapak di Seri Al Ummah, Taiping ini. Tak lupa juga kepada Pen. Kanan Kokurikulum dalam usaha memantap serta memperkasa bidang luar kotak ini di persada antarabangsa.

Setahun jagung usianya PBB Taekwondo mula menyinar di sekolah ini. Berbagai-bagai pahit getir yang tak dapat diolah. Melalui agenda mentransformasikan bidang kokurikulum dan sukan, SERI TAIPING pasti akan dapat dicapai menjelang tahun 2020 nanti, Insya-Allah.










Kejohanan Taekwondo Antarabangsa di KL yang berlangsung dari 19-21 Mei 2017 menyaksikan 3 orang murid mewakili SERI TAIPING. Ini merupakan pencapaian tertinggi sepanjang sekolah ini ditubuhkan. 

Berikut merupakan laporan pencapaian murid SERI TAIPING dalam kejohanan berkenaan:

1. Adam Haris Hairul Azhar - EMAS
2. Muhammad Hafizuddin Mohd Farid -GANGSA
3. Noor Armand Rifaie Noor Azlan - GANGSA

Tahniah diucapkan kepada mereka bertiga kerana berjaya menjulang nama SERI TAIPING di persada antarabangsa dalam bidang sukan taekwondo. Akhir kata, majulah sukan untuk negara. Salam sayang dan salam hormat.

"KOKURIKUKUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN