MAJLIS IHTIFAL KAFA KAWASAN TAIPING & TAEKWONDO ZON UTARA

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan penuh rahmat, dengan kehendak-Nya jualah kedua-dua program dapat dijayakan serentak.

Majlis Ihtifal KAFA Kawasan Taiping menyaksikan 5 orang wakil SERI Taiping dalam acara tilawah, hafazan, khat, dan azan. Walaupun penyertaan terhad, SERI Taiping juga berjaya mendapat tempat pada beberapa pertandingan tersebut. Tahniah !

 Sofea Izzati
Tempat ketiga Hafazan Al Quran


 Nur Iman Jannah 
Johan Tilawah 


 Abdul Hannan Asyraf
Tempat ketiga seni khat 






Bagi acara taekwondo di Pulau Pinang, SERI Taiping buat julung kalinya berada di pentas itu. Alhamdulillah, satu pencapaian yg terbaik bagi taekwondo untuk terus menapak maju ke arena antarabangsa kelak. Tahniah juga diucapkan !











Melalui dua acara berbeza ini, jelas dan nyata bahawa SERI Taiping mempunyai matlamat dan azam yang tinggi bagi membentuk generasi yang berdaya saing, berperibadi mulia serta maju dan aktif dalam bidang akademik dan kokurikulum. SERI Taiping juga bermatlamat, bakal mencorakkan generasi abad ke-21 ini dengan penuh dedikasi dan berintegriti. Ayuh para ibubapa, guru dan pemerhati ! Bantu kami merealisasikannya !


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN