SAMBUTAN HARI GURU 2017

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.


Keceriaan Guru-Guru dan Sportingnya mereka di hari Guru 2017































Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya serta inayah-Nya Majlis Sambutan Hari Guru 2017 peringkat sekolah dapat dijalankan mengikut jadual. 

Tema "Guru Pembina Negara Bangsa" dipilih tahun ini oleh kerajaan bertepatan dengan melonjakkan transformasi pendidikan nasional yang dilancarkan oleh Menteri Pendidikan pada tahun 2013. Tema ini juga mengangkat martabat guru yang mana profesion keguruan ini seharusnya dipelihara dari zaman ke zaman untuk menyambung legasi ke generasi akan datang.

Majlis dimulakan pada seawal jam 9.00 pagi dengan perarakan semua guru dari dataran kejat ke dewan terbuka diiringi paluan kompang dan bunga manggar. Seterusnya majlis diteruskan dengan upacara menyanyikan lagu protokol dan Guru Malaysia oleh semua guru. 

Selesai dengan itu, bacaan Tilawah al-Quran disampaikan oleh Nur Iman Jannah Mohd Bakri. Kemudian ucapan daripada Ketua Pengawas, Guru Besar dan Pen. Kanan Pentadbiran yang membacakan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan YTP. 

Pada jam 11.30 pagi, acara sukaneka diadakan untuk semua guru. Acara sukaneka ini disediakan oleh semua murid tahun 6, pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan pengawas SPBT. Pelbagai acara dan aktiviti mengeronokkan disediakan oleh mereka pada tahun ini. Majlis ditangguh pada jam 1.00 petang.

Pada jam 3.00 petang, acara penyampaian hadiah dijalankan di deqan terbuka. Bermula dengan pemenang-pemenang acara sukaneka, pertukaran hadiah, anugerah guru pilihan murid, dan cabutan bertuah. Tahniah kepada semua guru. Terima kasih anak-anak murid SERI TAIPING ! Sesungguhnya kami akan terus berbakti selagi hayat di kandung badan.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Selamat Hari Guru, Cikgu, Ustazah, Ustaz Seri Al Ummah Taiping. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN