LAWATAN KENAZIRAN YTP PUSAT KE SERI TAIPING

Assalamualaikum WBT dan Salam Hormat.


Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan YTP Pusat membuat lawatan rasmi ke SERI Taiping.

Lawatan kenaziran ini bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan sekolah-sekolah ABIM di seluruh Malaysia seiring dengan pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2021). 

Kenaziran ini diadili serta diaudit oleh Tn Hj Md Daud selaku Timbalan Ketua Pengarah, Tn Hj Samian Ali, Tn Hj Suhaili dan Pn Nur Jannah Bt Keman. Hasil perkampungan mereka selama 2 hari di Bandar Taiping ini, dapatan mereka adalah SERI TAIPING berupaya dan berpotensi untuk dijadikan sekolah elit pada masa hadapan.












Mereka telah menjalankan kerja dengan cemerlang sepanjang berada di bumi Taiping ini. Tahniah diucapkan. 

Mewakili sekolah, lembaga pentadbiran dan murid-murid, kami memohon 1000 ampun dan maaf andai kata ada kekurangan dan kekhilafan kami sepanjang Pegawai YTP Pusat datang ke sini. Mohon diampunkan dan diberi pengiktirafan terbaik untuk SERI TAIPING. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN