KEM KEPIMPINAN BSMM JPN NEGERI PERAK 2017

Assalamualaikum WBT dan Salam Bahagia.

"Bulan Sabit Merah di Malaysia,
Giat Berjasa untuk negara,
Tidak kira kaum & agama, 
Waktu aman atau bahaya."



































Begitulah antara bait lagu dalam irama Bulan Sabit Merah Malaysia. Kini, Kem Kepimpinan Asas BSMM 2017 dijalankan serentak antara sekolah rendah dengan menengah.

SERI Taiping telah masuk tahun ke-4 keahliannya mengikut perlembagaan BSMM Cawangan Perak. Kem Kepimpinan BSMM diadakan secara tahunan dalam pelbagai peringkat seperti daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Tahun ini dikendalikan 100% oleh jurulatih-jurulatih dalam kalangan ahli-ahli BSMM sendiri iaitu dari pejabat daerah, negeri mahupun sekolah. Pegawai - pegawai ini diberi mandat untuk mengendalikan hampir 500 orang peserta dari 10 buah daerah yang diadakan di Kem K Damai, Kg. Senpeneh Batu Kurau Perak dari 12-14 Mei 2017.

Seperti biasa, daerah LMS adalah antara daerah yg mendahului bilangan peserta berbanding daerah-daerah lain. 46% daripada penyertaan adalah dari LMS! Ini adalah angka paling tinggi setakat ini ! Tahniah LMS!

Bagi SERI Taiping, kali ini sekolah menghantar sebanyak 20 orang. Namun demikian, atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan, seorang pelajar telah menarik diri pada saat-saat akhir. 

Antara aktiviti pada hari pertama ialah memasang khemah, membuat pintu gerbang daripada buluh, suaikenal, pecah kumpulan dan mencipta slogan kumpulan. Pada sesi akhir, peserta diarahkan untuk mencabut undi untuk membuat persembahan malam aspreasi untuk esok hari.

Hari kedua, peserta diberi tugasan "skill station" yang dipecah kepada beberapa stesen. Antaranya stesen kraftangan wau, dam ular, merempuh halangan, luka dan melecur, patah dan terbakar, usungan, kembara pertolongan cemas, soalan-soalan kuiz dan malam kebudayaan.

Pada malam kedua, pelbagai persembahan yang dihidangkan. Antaranya, koir, nasyid, tarian, lagu kreatif, boria, dikir barat, sketsa, dan sebagainya. Aktiviti di sana amat seronok ! Banyak hasil kreativiti yang dicipta dan dimanfaat untuk persembahan kali ini.

Hari ketiga, hari perpisahan. Hari yang sedih kerana kami di sini seolah-olah seperti adik-beradik, tanpa mengira kaum dan agama, adat dan budaya serta bangsa dan bahasa. Baik cikgu, mahupun anak murid. Pelbagai reaksi daripada murid mencerminkan objektif kem ini amat berhasil. Tahniah!

Kem ini ditutup oleh ADUN Batu Kurau, YB Dato' Dr. Amin bin Hj Zakaria merangkap Exco Akademik dan Sosial Negeri Perak pada jam 1.30 petang, 14 Mei 2017. Turut hadir Encik Yusof bin Hj Ahmad, Pegawai Belia & Kanak-kanak Negeri Perak sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Kokurikulum Negeri Perak.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH