JAMUAN AKHIR TAHUN 3 LEMBAGA PENGAWAS

Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan.

Kurang daripada 8 jam, Jamuan Lembaga Pengawas pula diadakan pada sebelah malamnya.

Jamuan ini menggabungkan 3 Badan Pengawas iaitu Lembaga Pengawas Sekolah, Lembaga Pengawas Pusat Sumber, Lembaga Pengawas SPBT. Jamuan ini diadakan bagi menghargai jasa-jasa dan pengorbanan mereka sepanjang setahun berkhidmat dengan sekolah.

Jamuan kali ini diadakan di Urban Light Cafe, Bukit Jana Golf Resort Kamunting. Jamuan bermula tepat pada jam 8.30 malam dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis, Saudari Nurul Hasanah Zaki dan Sofiya Umairah Zulkeflee. Seterusnya, diteruskan lagi dengan ucapan-ucapan seperti Ketua Pengawas, Guru Disiplin, Pen. Kanan Kokurikulum, dan Guru Besar. 

Selesai ucapan, majlis diteruskan dengan bacaan doa makan oleh Muhammad Niyaz Muqri. Jamuan makan pun bermula seawal jam 9.00 malam. Pada jam 9.30 malam, acara-acara selingan diadakan bagi memeriahkan majlis. Acara yang diadakan ialah Kerusi Muzik, Sepakan Pening dan Teka Kacang. 













Tepat jam 10.30 malam acara pun berakhir. Majlis berakhir dengan acara penyampaian-penyampaian hadiah dan sesi bergambar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH