JAMUAN KELAS PERDANA AKHIR TAHUN

Assalamualaikum WBT dan Salam Hormat.

Hari ini, Alhamdulillah dengan izinNya, Jamuan Akhir Tahun semua kelas dapat dilaksanakan dengan jayanya. Lafaz kesyukuran dan sembah takzim kepada Yang Maha Mencipta kerana tanpa Dia Yang Esa, mana mungkin kita menyempurnakannya. Sesungguhnya manusia hanya merancang, tapi Allah SWT sebaik-baik perancang.

Jamuan kelas ini bertujuan mengeratkan silaturahim di samping mendampingi anak-anak murid sepanjang 1 tahun lamanya bersama mereka. Di saat inilah, anak-anak murid dapat menikmati juadah yang disediakan guru kelas yang telah sekian lama dirancang.













Kelas-kelas yang terlibat adalah dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Semua guru kelas menyediakan hidangan istimewa pada hari ini. Jamuan dimulakan pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN