KOKURIKULUM DAN TAHUN ENAM 2016

Assalamualaikum WBT.




Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pemilik arasy yang tiada penyudah, saya mewakili sekolah, berungkap kepiluan dan kesedihan pada hari terakhir sesi persekolahan 2016,  semoga beroleh segala magh’firah.Semoga kalian semua sentiasa beroleh riayah dan inayah daripada Allah Subhanawa Taala, dalam mendayakan kudrat, demi melatakan manfaat buat kesejahteraan seluruh umat serta ibubapa beroleh berkat.

Sebagai salah seorang yang  mengemudi bahtera pentadbiran sekolah, beberapa inisiatif pelaksanaan kokurikulum telah diambil bagi menyuburkan minda dan kolektetif murid dalam merencanakan 1Murid 1Sukan.

Arakian sebaik mana rencana dilaksana, jerih payah terhadap usaha ini agar warga sejahtera dan berdaya saing, makin terasa. Simbolik positif dan rentetan ibubapa terhadap usaha ini, tidak pernah lekang dihebahkan. Tambahan pula mudahnya penyebaran melalui perkakas yang kini boleh diatur di tapak tangan. Perkataan-perkataan positif yang dicipta,  mewujudkan suasana masyarakat yang saling bertamadun. Ini sudah tentunya mengundang persepsi positif dalam kalangan warga sejagat.

Tatkala ini, murid-murid tahun 6 yang memulakan legasi ini sejak 2014 lalu, memberikan respons positif serta memberi penglibatan yang sewajarnya. Rasionalnya, pelaksanaan ini tidak akan berjaya sekiranya para ibubapa dan guru-guru tidak memberi kerjasama dalam memantapkan perubahan strategi dalam bidang sukan. Kini, mereka bakal meneruskan pelaksanaan ini di peringkat menengah dan alam remaja. Terlalu rindu dan sebaknya ketika berakhirnya sesi persekolahan pada 25 November 2016 yang lalu. Perpisahan yang mungkin tiada lagi galang-gantinya. Murid-murid inilah sebahagian daripada saya sejak saya ditempatkan di sini. Merekalah yang menggerakkan aspirasi perjuangan saya dalam bidang sukan, jasmani dan kokurikulum. 

Akhir kata daripada saya, jadilah insan soleh di mata Allah, anak yang baik bukan derhaka kepada orang tua. Teruskan menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dengan bersukan dan sihat. Jalankan tanggungjawab sebagai seorang mukmin. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN