KEM BSMM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PERAK 2019
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Tiada apa-apa lagi ucapan selain memuji-Nya, Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Tuhan yang berhak disembah.
Merafak tanda syukur ke Hadrat-Nya kerana Kem BSMM Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2019 telah menutup tirainya hari ini.
Untuk rekod, SERI TAIPING telah memasuki tahun keenam penglibatannya sejak 2014 lalu. Pelbagai kisah suka duka dan kisah manis serta pahit sepanjang mengikuti BSMM ini.
Untuk tahun ini, kem berlangsung di Kem PLKN Jiwa Murni, Gunung Semanggol daerah Kerian, Perak. Kem yang mengajarkan erti kesefahaman, kekeluargaan, kasih sayang serta bertanggungjawab ini sememangnya harus diteruskan kerana ia akan kekal relevan sampai bila-bila.
Kem yang berlangsung sejak Jumaat, (8 Mac 2019) hingga hari ini Ahad (10 Mac 2019) memecah rekod pemyertaannya sejak 21 tahun lalu, iaitu sebanyak 500 orang dalam 9 daerah seluruh Perak. Tahniah Team BSMM Perak !!
SERI TAIPING akan terus menyokong sama ada secara langsung ataupun tidak langsung bagi menyemarakkan BSMM terus gah di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan mahupun Antarabangsa.
SERI TAIPING tahun ini menghantar 20 orang murid mewakili tahun 4, 5 dan 6. Pelapis dari tahun 4 dan 5 akan terus menyuntik semangat para murid tahun 3 untuk terus memacu kegemilangan di sekolah. Terima kasih kepada ibu bapa peserta tahun ini. Insya Allah kita akan terus memacu kecemerlangan di masa akan datang.
'KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN'
Terima kasih banyak ustaz.semoga SERI TPG lebih gah dan hebat in sha allah.
BalasPadamGood job..keep it up..👍👍👍
BalasPadam