MESYUARAT AGUNG BAKA KESEMBILAN

Assalamu'alaikum WBT.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, hari ini Mesyuarat Agung Ke-9 dapat dilaksanakan mengikut jadual.

Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh YB Senator Tuan lsmail b. Hj. Yusop, Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia. 


Turut bersama, Tuan Haji Mustaffa b. Bakar, Pengerusi YTP Negeri Perak , Tuan Haji Mohd. Nizam b. Zainal Abidin, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah,  Saudara Mohd. Farhan b. Hassan, YDP ABIM Daerah Taiping, Tuan Haji Abd. Hamid bin Ali, Guru Besar SERI TAIPING selaku tuan rumah.










Tahun ini, merupakan tahun kesembilan mesyuarat ini diadakan bertujuan mengimbas permasalahan yang dihadapi oleh guru,murid dan sebahagian ibu bapa. Tahun ini juga, adalah tahun pemilihan baharu untuk tempoh 2 tahun akan datang (2019-2021) bagi tempoh 1 penggal.

Alhamdulillah. Tahun ini telah berubah pentadbiran ahli mesyuarat tertinggi yang memaparkan beberapa muka baru bagi mengurus tadbir BAKA untuk sesi 2019-2021. Tahniah kepada yang telah terpilih. 

Semoga dapat menunaikan amanah & tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi, adil serta saksama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN