MAJLIS IHTIFAL SUKAN SEK. ABIM KEBANGSAAN (MISSAK) KE-19

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillahirabbila'alamin, 
Wannabihi nasta'ain.



Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, MISSAK 19 yang bertuanrumahkan Negeri Perak telah dapat disempurnakan mengikut jadual.

Pelbagai suka duka dan pahit manis serta nostalgia yang menyelubungi SERI TAIPING dalam mengharungi MISSAK '19 kali ini, lebih-lebih lagi ditambah pula dengan tugasan kami sebagai sebahagian tuan rumah yang turut membantu JK Pelaksana di Peringkat Negeri.


































MISSAK '19 yang mengangkat tema 'Memupuk Ukhwah, Mengembang Potensi, Menyemai Jiwa Ummatik' ini telah berjaya mencapai matlamatnya serta rasional asalnya. Alhamdulillah. Inilah kejayaan kami 5 buah sekolah yang mengharungi ombak badai ini selama 7 bulan terdahulu.

MISSAK '19 ini juga menonjolkan keunikannya yang tersendiri dengan menggabungkan 5 buah sekolah ABIM di Negeri Perak iaitu SERI CHEMOR, SERI TAIPING dan SERI MANJUNG yang mewakili sekolah rendah manakala MAAHAD AL UMMAH CHEMOR serta MADRASAH AL HIKMAH (MADAH) pula mewakili sekolah menengah. 

Hasilnya, 5 gabungan tenaga sekolah inilah yang telah merekodkan titipan kejayaan dengan aspirasi sokongan dan gerak kerja yang ideal, bernas, berkualiti dan berwibawa. Kecemerlangan 5 buah sekolah ini seharusnya diberikan penghargaan sejajar dengan corak kerja mereka khususnya untuk JK Pelaksana.

SERI TAIPING kali ini menghantar 44 orang murid mewakili 8 penyertaan iaitu Olahraga, Futsal, Bola Sepak, Badminton, Taekwondo, Sepak Takraw, Catur & Bola Jaring. 

Penyertaan 44 orang murid dari SERI TAIPING ini sekali gus mencipta rekod baharu penyertaan SERI TAIPING dalam MISSAK yang paling ramai. Hasilnya, SERI TAIPING membawa pulang 1 Pingat Emas (Takraw) , 1 Pingat Perak (200m Lelaki Sek. Rendah) dan 1 Pingat Gangsa (Taekwondo-Sparring).

Tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen dari semua negeri yang berjaya membawa pingat, khususnya kepada kontinjen Perak. Moga MISSAK Perak '19 kali ini membawa beribu rahmah dan berkah dalam menjalinkan ukhwah sesama murid, guru, ibubapa dan tenaga kerja. Wallahu'alam.

Sekian. Terima kasih.

'KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-18 TAHUN 2019