JEMPUTAN TAEKWONDO ZON UTARA 2018

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dapat mengizinkan SERI Taiping menghantar dua orang lagi murid, wakil Kelab Taekwondo sekolah ini untuk menyertai acara jemputan pasukan taekwondo Zon Utara.





Kali ini, wakilnya daripada Tahun 3 (Muhammad Naim Syahmie b Abdul Aziz) dan tahun 4 (Muhammad Hafizuddin b. Mohd Farid) menyertai acara kali ini.

Acara yang dipertandingkan seperti "sparring" dan "pattern" mengikut kategori. Untuk kali ke-10 ini, murid dipecahkan kepada dua kategori umur, iaitu umur 6 - 12 tahun dan 13 - 19 tahun.

Pertandingan diadakan di Dewan Milennium, Kepala Batas Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam berturut-turut.

Terima kasih diucapkan kepada Master Jivakumar dan Miss Evy kerana bersusah-payah membantu SERI Taiping menaikkan nama dalam arena sukan Taekwondo ini. Tidak lupa kepada Tn Hj Abdul Hamid bin Ali selaku guru besar yang menyokong Kelab Taekwondo terus menggemilangkan seni pertahanan diri ini di SERI Taiping.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN