HARI BERTEMU WARIS PENILAIAN SUMATIF 1, 2018

Assalamualaikum WBT dan Salam Aidilfitri.

Merafak sembah Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan keizinan serta inayahnya, Hari Bertemu Waris Penggal 1 tahun 2018 dapat dilangsungkan dengan jayanya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang cemerlang dalam akademik, addiniah dan pembangunan kokurikulum terutama sekali kepada Jabatan Akademik di bawah naungan Cik Nurul Husna Abu Bakar selaku PK Pentadbiran dan ahli jawatankuasa lain yang gigih merealisasikan hari bersejarah ini supaya ia dapat dilangsungkan pada hari ini.

Penganjuran majlis seumpama ini amat bertepatan dalam membantu dan memainkan peranan penting untuk membuka peluang komunikasi kepada semua ibu bapa dan waris dalam mengetahui corak dan prestasi anak-anak. Ia juga diharap dapat memberi peluang kepada ibu bapa atau waris yang ingin bersemuka dengan guru kelas atau mana-mana guru subjek.











Program seperti ini amat penting sebagai salah satu usaha berterusan bagi menilai prestasi murid dari semasa ke semasa. Ia juga selari dengan hala tuju dan agenda sekolah dalam usaha menyamaratakan antara konsep duniawi dan ukhrawi. 

Majlis bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Majlis ini dikendalikan sepenuhnya oleh semua guru kelas di dalam kelas masing-masing.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH