KEM BSMM PERINGKAT NEGERI PERAK 2018

Assalamualaikum WBT. 

Alhamdulillahirabbil'alamiin. Kepada Allah kami berserah. Kepada-Nya jualah kami memohon pertolongan.



Kem BSMM Peringkat Negeri Perak 2018 yang telah ditangguhkan Mei lalu telah berjaya dilaksana oleh Jawatankuasa Teknikal Negeri Perak, Encik Kamil b. Yusop. 

Kem BSMM Negeri Perak 2018 kali ini merupakan kem yang terbaik pernah dianjurkan sepanjang Jabatan Kokurikukum SERI TAIPING menyertainya sejak 5 tahun lalu.



























































































































Kem ini seperti biasa bertujuan mengeratkan silaturahim dan memupuk perpaduan kaum serta membina dan membentuk jati diri murid supaya lebih berdikari dan berdisiplin.

Hari pertama murid didedahkan dengan pengenalan membaca kompas dan orienteering. Mereka juga diberikan penerangan memakai pakaian keselamatan untuk aktiviti esok.

Hari kedua, murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan stesen. Stesen ini melibatkan pembuatan gajet, memasak, flying fox, tali rendah, balutan dan mendirikan khemah. Aktiviti di hari kedua inilah sebenarnya yang menarik minat para peserta untuk melibatkan diri. Pada sebelah malamnya, kesemua pembelajaran yang telah diajar, dibuat pertandingan. Alhamdulilah. SERI TAIPING berjaya menggondol beberapa acara terbaik. Pada jam 11.30 malam, JK BSMM Negeri telah membuat 1 kejutan untuk mana-mana peserta yang menyambut hari lahir. SERI Taiping juga tidak menyangka ada yang sambut hari lahir dari SERI Taiping. Tahniah kepada Hawa Athirah Bt Hairul Azhar, 10 Tahun yang telah diraikan dalam acara gilang gemilang DI PERINGKAT NEGERI. 

Pada hari ketiga, murid disambungkan dengan aktiviti pertandingan yang tidak sempat dilakukan pada hari kedua. Tepat jam 10.00 pagi, Encik Kamal Padzli selaku Ketua Jurulatih menyerahkan semula para peserta kepada Kem Komandan Perkhemahan BSMM Negeri Perak, Encik Ahmad Syarif untuk sesi terakhir.

Iringan lagu-lagu sedih mula timbul. Sebak dan sedih mula menyelebungi. Kem kali ini memberi 1001 makna dan nostalgia yang tak mungkin dilupakan baik pada murid dan pada saya sendiri.
Majlis penutupan berakhir jam 12.30 tengah hari dan bersurai pada jam 1.15 petang . Tahun ini, SERI TAIPING telah membawa pulang gelaran SEKOLAH PENYERTAAN TERBANYAK. Tahniah diucapkan.

Terima kasih kepada ibu bapa, peserta, barisan JK Teknikal Negeri, Pihak PLKN Gunung Semanggol serta semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak. Mohon ampun & maaf andaikata ada salah laku daripada kami. Sesungguhnya kami hanya manusia biasa yang takkan terlepas daripada kekhilafan dan kecuaian.

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN