TEMASYA SUKAN TAHUNAN KE-17

Assalamualaikum WBT, Salam 1Murid 1Sukan.

Terlebih dahulu, marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan-Nya mengizinkan Temasya Sukan Tahunan Ke-17 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Alhamdulilah, kejayaan ini dirasai juga oleh para ibu bapa yang hadir. Temasya tahun ini diubahsuai sedikit berikutan beberapa acara yang tidak sesuai lagi dijalankan.

Acara Gimik Persembahan Taekwondo daripada Puan Zuraini, Tn Hj Abd Hamid dan En. Amir Akhmal.





































Kali ini, SERI Taiping banyak mengetengahkan bakat-bakat muda daripada tahun 1 hingga tahun 6 dalam acara balapan. Seawal usia 7 tahun, yang bermula dengan 50 M, 4 X 50 M hinggalah ke usia 12 tahun yang lari 4 X 200 M. 

Dalam melebarluaskan unit pertahanan diri di sekolah, sukan tahun ini juga melakar sejarah dengan persembahan silat serta taekwondo yang menarik perhatian para pengunjung. Wah ! Begitu hebat mereka di arena ini ! Hampir terpaku kesemuanya.

Percubaan Jab. Kokurikulum di bawah naungan En. Amir Akhmal pada tahun ini adalah sebagai persediaan untuk MSSD dan YTP Kebangsaan pada tahun 2019. Alhamdulilah, percubaan 'berani' ini sebagai memecah tradisi ini berjaya dengan gemilang.

Tahniah kepada rumah Ibnu Hibban (Hijau) kerana menjuarai sekali lagi keseluruhan tahun ini. Acara perbarisan dijulang oleh Rumah Ibnu Majah (Merah).

Tak lupa kepada para ibubapa, hakim daripada kalangan kaum ayah, para pengunjung, Unit BSMM SMK Taman Panglima, para petugas SK Asam Kumbang, Guru Besar SK Asam Kumbang dan semua yang terlibat.

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN