SAMBUTAN ISRA' WAL MI'RAJ
Assalamualaikum WBT.
Sesungguhnya tiap-tiap kali Sambutan Hari Kebesaran yang melibatkan Islam mesti disambut oleh pihak sekolah melalui jabatan masing-masing.
Kali ini, Jabatan Addiniah bertanggungjawab menggalas amanah ini. Sambutan Isra' Wal Mikraj ini diadakan 2 hari lebih awal kerana sambutan tahun ini jatuh pada hari Sabtu, 14 April 2018.
Tahun ini, seperti tahun-tahun terdahulu, sambutan diadakan dengan tentatif yang telah disusun oleh PK Addiniah, Puan Noor Addri Suzzana.
Bermula jam 10.45 pagi, emcee Encik Amir Akhmal telah memulakan agenda alu-aluan menjemput Ustaz Shahrul bin Sahar untuk menyampaikan ceramah. Tepat jam 12.10 tengah hari, pertandingan dijalankan di semua kelas mengikut kategori masing-masing.
Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar seperti mana yang telah direncanakan. Tahniah kepada semua guru dan murid yang mengambil bahagian.
Ulasan
Catat Ulasan