BENGKEL, TEKNIK MENJAWAB DAN SEMINAR MATEMATIK

Assalamualaikum WBT.

Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita merafakkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan perkenan-Nya program yang bermanfaat ini dapat dijayakan mengikut jadual.


Ucapan terima kasih kepada SEP (Strategy Excellent Program) di bawah naungan ibu bapa kerana dapat mencari, serta menyumbang dana untuk program bermanfaat ini.

Tahniah juga kepada para guru yang boleh hadir yang turut sama menyertai program asah dan celik matematik ini. 












Program Celik Matematik ini ditaklimatkan oleh Puan Zuraidah bt Ramli yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran SK Changkat Larut, yang juga merupakan guru pemeriksa kertas Matematik UPSR. Beliau juga berpengalaman dalam bidang ini selama 25 Tahun dan telah memberi khidmat bakti sebagai pendidik selama 29 tahun. 

Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Turut hadir ialah Puan Zaliana, wakil SEP serta semua guru Matematik SERI Taiping. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN