PERLAWANAN BOLA SEPAK PIALA SYED AHMAD 2018

Assalamualaikum WBT.

Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Pertandingan bola sepak Piala Syed Ahmad yang dianjurkan oleh PAFA Negeri Perak, RTM dan lain-lain lagi membuka tirainya.

Partandingan yang julung kalinya diadakan ini telah mencipta 'rekod' baharu dengan penyertaan sebanyak 46 pasukan Bawah 12 Tahun, sementara 38 pasukan kategori Terbuka.







Alhamdulillah,dalam perlawanan antara kumpulan yang pertama, SERI JUNIOR FC menyamai kedudukan mata iaitu seri 0-0 sementara yang kedua menentang Red Dragon dari KL dengan nasib yang kurang baik.

Dengan mata seri itulah, SERI JUNIOR FC mendapat tempat ke pusingan kedua iaitu kalah-mati. Memadai dengan hasil usaha mereka, yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk pertandingan ini. 








Sebagai orang yang bertanggungjawab mengendali sukan dan kokurikulum sekolah, saya berasa bangga dan amat optimis dengan penyertaan kali ini. Bukan apa, jangan kita menilai daripada sudut  mata agregat, tapi nilailah anak-anak ini dengan titipan rekod kejayaan mereka daripada aspek kerjasama, adab dan prestasi. Mereka bukan sahaja baik dan mendengar kata, mereka juga bertanggungjawab dan amat mesra dengan kawan dan lawan. Inilah kejayaan sebenar yang kita mahu gilap, bukan takhta kemenangan dan gelaran itu semata-mata.

Memang kita masih 'muda' dalam arena sukan ini. Namun begitu, SERI Taiping menyahut juga cabaran bagi mengadakan dan menyelaraskan semua sukan dan permainan yang ditubuhkan di SERI Taiping untuk mencipta rekod masing-masing.

Akhir kata, terima kasih kepada Cikgu Noor Izzati Hj Said dan Ustaz Mohammad Haziq Mohd Sinar atas kejayaan membawa aspirasi bolasepak ke arah matlamat yang jitu. Semoga Allah SWT membalasnya. Sekian.

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN