IHTIFAL (AKADEMIK) KEBANGSAAN YTP-ABIM KALI KE-18

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, kami guru-guru di SERI TAIPING boleh menarik nafas lega seketika kerana Majlis Ihtifal (Akademik) Kebangsaan Ke-18 anjuran Yayasan Takmir Pendidikan telah melabuhkan tirainya semalam.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan kami menguruskan anak-anak ini dengan lancar dan tiada sebarang masalah yang tidak diingini. 



Ihtifal kali ini membuktikan bahawa bidang kokorikulum (K-Akademik) ini juga mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa dan murid. Tahun ini kami memecah lagi rekod dengan menghantar 19 orang murid yang mengambil bahagian dalam acara Nasyid, Hafazan, Tilawah Al Quran, Sajak, Menulis Khat, Azan, Mewarna dan Syarahan Bahasa Inggeris.










Alhamdulillah. Usaha yang jitu pastinya membuahkan hasil. SERI Taiping menggondol gelaran juara dalam acara Tilawah Al Quran (Kategori Perempuan Tahap 2), Ke-3 acara Sajak (Kategori Perempuan Tahap 2) dan Ke-3 acara Syarahan Bahasa Inggeris (Kategori Lelaki Tahap 2). 

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Faizi, Nurul Khairina dan Iman Jannah. Usaha yang dikorbankan selama ini ternyata membuahkan hasil. 

Tidak lupa juga kepada barisan tenaga pengajar Puan Rosnah, Puan Sumiaton, Cik Noor Izzati, Cik Nurul Husna, Ust. Mohammad Haziq, kerana sudi menggembleng tenaga dan mengorbankan masa untuk pencapaian mereka di peringkat kebangsaan. Terima kasih sekali lagi.

Terima kasih dan lafaz penghargaan juga turut dizahirkan kepada para ibubapa yang sanggup mengorbankan wang ringgit dan masa serta memberi sepenuh komitmen sebelum, semasa dan selepas pertandingan diadakan. Tahniah kepada ibubapa berkenaan.

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN