PERTANDINGAN CATUR ZON TAIPING MSSD LMS 2018

Assalamualaikum WBT.

Hari ini, SERI Taiping buat julung-julung kalinya menyertai Pertandingan Catur Zon Taiping (MSSD LMS) bagi tahun 2018.

Sebelum-sebelum ini, dalam pertandingan catur, SERI Taiping hanya menerima jemputan daripada pihak-pihak luar secara terbuka.












Bezanya kali ini, SERI Taiping menghantar 8 orang wakil melalui kategori perempuan tahap 2 dan kategori lelaki tahap 2, yang diwakili oleh murid tahun 4 dan tahun 5.

Pertandingan diadakan di SJK (C) Pokok Assam, Taiping tepat jam 11.00 pagi. Murid diadili dengan 5 orang arbiter yang terdiri daripada golongan profesional. Pertandingan diadakan dengan 6 pusingan dan berakhir pada jam 4.00 petang. 

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa murid-murid berkenaan kerana memberi ruang kepada mereka merasai pengalaman "tournament" selain di sekolah. Sekurang-kurangnya, dengan pendedahan ini membuatkan mereka lebih bersemangat untuk maju ke hadapan dan mungkin bertanding di peringkat lebih tinggi kelak. Insya-Allah. Kepada Allah kita berserah.

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN