PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pengikut setia laman blog sekolah ini.

Bersempena bulan kemerdekaan yang telah menerbit hari ini, pihak sekolah juga tidak mahu ketinggalan untuk melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan yang ke-59.

SERI Taiping hari ini telah melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-59. Pelancaran dibuat oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali, Guru Besar SERI Taiping.

Pelancaran bermula dengan gimik memotong riben banting yang tertera tulisan "Sambutan Bulan Kemerdekaan". Kemudian, Guru Besar melaungkan perkataan "MERDEKA" sebanyak tiga kali. 

Murid-murid dan para guru menyambut laungan itu bersama-sama. Mereka turut merasakan kenikmatan merdeka yang dikecapi hari ini. Selesai itu, kuiz kemerdekaan turut diutarakan pada perhimpunan kali ini oleh GPK Kokurikulum, Encik Amir Akhmal bin Baharin. Kemudian, lagu "Saya Anak Malaysia" turut didendangkan.

Terima kasih kepada semua guru, murid-murid dan semua staf sokongan yang terlibat. Moga-moga dengan penglibatan aktiviti sepanjang bulan kebangsaan yang direncanakan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk menghargai dan menghayati pejuang-pejuang terdahulu yang berhempas-pulas mendapatkan kemerdekaan 59 tahun lalu.

Sekian, Salam Sehati Sejiwa.



 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN