KEM MOTIVASI DAN PENINGKATAN DIRI MURID-MURID TAHAP II

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.

Tahniah kepada murid-murid tahap dua SERI Taiping yang telah menghabiskan masa bersama program sekolah yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kokurikulum.

SERI Taiping menganjurkan Kem Motivasi & Kepemimpinan untuk murid-murid tahap dua yang bakal menduduki peperiksaan akhir tahun, peperiksaan awam dan lain-lain.

Kem dimulakan pada hari Sabtu, 20 Ogos 2016 di Kampung Repoh, Batu Kurau Perak. Kem yang disertai hampir 40 orang murid ini mendapat galakan dan bimbingan terutamanya dari aspek perpaduan, kerjasama, keeratan hubungan dan ukhwah sesama guru dan murid.

Hari pertama, kem dimulakan dengan minum pagi pada jam 10.30 pagi. Pada pukul 11.00 pagi, Cikgu Shahrul mengambil alih tugasan menyemarakkan semangat murid. Murid berhenti rehat, makan tengahari dan solat zohor pada jam 1.00 - 2.30 petang.

Program berikutnya diambil alih pula oleh Puan Suzzana dengan tajuk Sirah Rasulullah SAW, diikuti dengan protokol Bahasa Arab yang disampaikan oleh Puan Rosnah. Murid kemudinannya minum petang dan solat asar.

Selesai menunaikan solat fardu, murid-murid dihidangkan dengan  acara riadah yang disediakan oleh Cikgu Amir, Cikgu Nurisyah dan Cikgu Noratikah. Kemudian, murid-murid dibenarkan mandi ke dalam kolam yang disediakan.

Murid diarahkan mandi dan bersiap untuk menunaikan solat maghrib antara jam 7.00 hingga 8.00 malam. Para murid seterusnya diisi dengan slot "Luahan Hati" oleh Cikgu Amir. Pada pukul 8.30 malam, murid - murid diarahkan makan malam. Tepat jam 9.00 malam, solat Isyak.


Selesai solat isyak, murid diisi pula dengan slot AF Ustaz Mohd Fadzil b. Sulaiman dengan tajuk "Alam Ghaib". Memang menyeronokkan. Murid - murid dibenarkan tidur pada jam 11.00 malam.

Keesokan harinya, murid - murid dikejutkan pada jam 5.45 pagi untuk persiapan Solat Subuh berjemaah dan kuliah Subuh. Kuliah subuh disampaikan oleh Guru Besar, Tuan Haji Abdul Hamid yang bertajuk "Pandang ke Hadapan dengan Wawasan". 

Murid kemudiannya beriadah dengan iringan lagu "Demi Matahari" dengan senamannya. Kemudian murid-murid dihidangkan pula dengan lagu 1Murid 1Sukan berserta aerobik. 

Selesai sarapan, murid diisi dengan slot terakhir bersama Dr. Mohd Izhar Zahari dengan tajuk "Islam dan Perspektif". Kemudian, lagu - lagu perpisahan seperti "Standing In The Eyes Of The World", "Doa Perpisahan", "Disini Berkumpul"  dan "Teman Sejati" berkumandang. Linangan-linangan airmata pun mencurah-curah tanda kasih dan sayang antara murid dan guru.







Kami bersurai dari Kem Kg. Repoh pada jam 12.00 tengahari selepas selesai makan tengahari. Terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya murid-murid tahap dua, ibubapa dan guru serta para penyumbang yang tak jemu-jemu menderma.





















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN