LARIAN MERDEKA ANJURAN KOPERASI PERAK 2016

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-59, SERI Taiping tidak ketinggalan menyambut dan menerima pelbagai aktiviti luar yang tak kurang hebat sambutannya.

Tahun ini, SERI Taiping menghantar 13 orang atlet untuk menyertai Larian Merdeka Anjuran Koperasi Perak yang diadakan di Taiping.

Larian yang disertai oleh 450 orang murid lelaki sekolah rendah, 211 orang murid perempuan sekolah rendah, 391 orang murid lelaki sekolah menengah, 118 orang murid perempuan sekolah menengah. Lelaki terbuka dan perempuan terbuka secara total adalah sebanyak 456 orang.

Program ini dimulakan pada jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pada tahun ini, seorang atlet mendapat tempat ke-30 kategori bawah 12 tahun lelaki sekolah rendah. Alhamdulillah, slogan "Kokurikulum Aktifkan Modal Insan" menjadi asas pemerkasaan SERI Taiping. 














Larian raksasa ini secara amnya melibatkan lebih 3000 orang peserta meliputi semua kategori. Tahniah kepada penganjur, para atlet SERI Taiping dan Ibubapa yang turut menyokong. 

SYABAS !!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH