HARI BERTEMU WARIS SEMPENA PAT 2015

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Hormat.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan penuh takzim dan limpah kurniaNya dapat disempurnakan Hari Bertemu Waris Ke-2 untuk sesi 2015.

Hari ini para ibu bapa berpeluang berjumpa dengan guru-guru subjek yang mengajar anak mereka sepanjang tahun 2015. Tidak lupa juga kepada guru kelas yang senantiasa memantau pergerakan anak-anak mereka saban tahun.

Peluang ini digunakan untuk lebih merapatkan silaturahim dan mengelakkan jurang perpisahan antara ibu, bapa dan guru. Pada hari ini jugalah memaparkan pelbagai ragam yang diceriakan oleh anak-anak didik di sini.

Hari ini para ibu atau bapa boleh mendapatkan keputusan peperiksaan akhir tahun yang lalu secara langsung melalui guru kelas masing-masing. Mereka juga berpeluang mendapatkan reaksi daripada guru kelas. 

Program bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN