CERAMAH KESIHATAN

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Hormat.

Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung yang setia mengunjung laman blog ini. 

Kali ini, pihak sekolah berkesempatan mendapatkan seorang pakar perkembangan awal remaja untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan input yang baik kepada para pelajar di SERI Taiping. 

Tahniah kepada Jawatankuasa Program yang berusaha bertungkus lumus dan penat lelah untuk menjayakan program kali ini. 

Program kali ini meliputi aspek ideologi, mental, emosi dan fizikal para murid di awal perkembangan remaja. Mereka didedahkan dengan penyalahgunaan dadah, kehidupan berbeza jantina, trend terkini seperti gejala e-rokok atau vape, media sosial terlampau dan sebagainya.

Aktiviti berkumpulan juga dimasukkan ke dalam program kali ini. Para petugas dari Unit Kanak-kanak, Jabatan Kesihatan dan Poliklinik Taiping menyediakan beberapa 'game' yang berunsurkan kesihatan dan perkembangan murid. Alhamdulillah, sporting anak-anak didik SERI Taiping ni.




























Program kali ini melibatkan murid-murid tahun 3 hingga 6. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Sekolah dan Kanak-kanak,Jabatan Kesihatan dan Poliklinik Taiping. Program ini berlangsung pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. 

Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan saguhati oleh Timbalan Guru Besar, Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN