PENGENALAN PROGRAM MEMANAH

Assalamu'alaikum WBT.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya serta izin dan inayahNya sesi pengenalan program memanah dapat dijayakan.

SERI Taiping kini melangkah setapak lagi bagi menyempurnakan ikutan dan sunnah Rasulullah SAW. Program memanah kali ini diusahakan oleh unit Kokurikulum bagi memartabatkan lagi sukan dan kokurikulum pada masa akan datang.

Terpancar muka kepuasan dan kegembiraan kepada guru dan murid yang menyertai program kali ini. Walaupun secara ringkas dan sederhana, tetapi berkat hasil kerjasama dan sokongan daripada para murid dan guru, akhirnya Kelab Memanah boleh ditubuhkan dengan jayanya. Syabas kepada semua yang terlibat.




































Program hari terakhir ini disertai oleh 10 orang guru dan murid-murid tahun 3 - 6 . Alhamdulillah. Sambutan dan permintaannya amat tinggi. Murid-murid dan guru-guru dapat menimba ilmu serta pengalaman berdasarkan program yang dijadualkan ini.

Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi ke 11.00 pagi. Program dimulakan dengan taklimat ringkas dan sesi pengenalan memanah. Program berakhir pada jam 11.30 pagi dengan penyampaian sijil penyertaan kepada murid tahun 6 dan sumbangan infak kepada anak-anak yatim.

Akhir kata, terima kasih kepada para murid dan guru yang terlibat dalam usaha sama kita memacu kegemilangan kokurikulum yang terkandung dalam falsafah pendidikan SERI. 

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN