JAMUAN PERDANA AKHIR TAHUN SETIAP KELAS

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Hormat.

Alhamdulillah, hari ini semua kelas dapat meraikan jamuan akhir tahun di setiap kelas masing-masing.

Setiap kelas membawa pelbagai juadah yang enak-enak. Ada yang ditempah, ada yang berasaskan makanan segera,ada guru juga yang masak sendiri dan sebagainya. Meriah !

Nampaknya murid-murid pada hari ini begitu gembira. Tidak lupa juga kepada guru kelas masing-masing. Mereka nampaknya masing-masing menunjukkan suasana kemeriahan dan kegemilangan di hari ini.

Guru-guru penolong kanan dan pihak pentadbir juga nampaknya tidak dipinggirkan. Mereka juga dijemput untuk bersama-sama meraikan anak-anak didik pada hari bahagia ini. Terima kasih banyak-banyak.



















Majlis jamuan ini bermula pada jam 10.10 pagi dan berakhir pada jam 12.10 tengah hari. Terima kasih kepada para pelajar, guru dan ibu bapa yang turut menyokong program ini supaya berjalan lancar mengikut jadual. 

Sekian sahaja untuk hari ini. Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN