Catatan

RAGAM KEM KEPIMPINAN LEMBAGA PENGAWAS

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, merafak sembah kepada Illahi yang tiada penyudah, memohon petunjuk kepada Maha Pencipta yang tinggi kalamnya. Kem Lembaga Pengawas dan Ketua Kelas ini diadakan di PULARA, Trong Perak bertarikh 24-26 Februari 2017 dikepalai oleh Jabatan Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Jabatan Kokurikulum.  Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini lebih kepada kursus kepemimpinan, motivasi diri dan penghayatan serta muhasabah diri. Murid-murid yang menyertai adalah sebanyak 35 orang diiringi oleh 2 orang guru perempuan serta 2 orang guru lelaki.  Kem yang berteraskan ilmu kehutanan, kenikmatan hidup serta kelangsungan dalam menjalani kehidupan ini telah mencapai sasaran objektif utama dengan memupuk kesedaran nurani dan nikmat kesyukuran. Inilah hasrat yang sekolah mahu sebenarnya. Tanpa ...

LAWATAN WADAH KE SERI TAIPING

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Merafak setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Wakil WADAH Pusat, Tuan Haji Ahmad Sulaiman kerana sudi menjenguk kami di SERI Taiping. Kesudian tuan menjenguk kami di sini diibaratkan "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan". Di samping memberi sedikit motivasi dan sumbangan idea, Tuan Haji juga memberi sumbangan berupa wang tunai kepada guru-guru SERI Taiping yang merupakan pemberian secara "one-off".  Tuan Haji memulakan jadualnya dengan melawat di sekitar kawasan sekolah dan menziarahi beberapa orang sahabatnya yang uzur di sekitar Taiping. Alhamdulillah.  Mewakili sekolah, saya dengan berbesar hati mengucapkan terima kasih dan salam penghargaan kepada Tuan Haji atas kesudian membantu kami serta menghulurkan bantuan kepada kami di sini. Insya-Allah, moga usaha dan hasil kerja Tuan Haji mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Amminn..