Catatan

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT

Imej
Assalamu'alaikum WBT dan Salam hormat. Pejam celik, pejam celik dah tiba masanya anak - anak murid SERI Taiping akan menghadapi peperiksaan penting iaitu UPSR, UPKK, SPRA dan SRAI.  Majlis ini dihadiri oleh ibu bapa murid dalam kalangan tahun 5 dan 6. Turut bersama dalam majlis ini ialah Saudara Mohd Farhan bin Hassan YDP ABIM Daerah Taiping, Encik Mustaffa bin Bakar, Pengerusi Jemaah Sekolah SERI Taiping dan Encik Khalid bin Abdul Azani, YDP BAKA SERI Taiping. Majlis ini bermula tepat pada jam 4.30 petang dan tamat pada jam 6.00 petang. Majlis dimulakan dengan solat hajat, kemudian solat 'Asar berjemaah. Selesai solat 'Asar, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Guru Besar, Tuan Haji Ab. Rahman bin Abdullah. Majlis kemudiannya disusuli dengan tazkirah ringkas serta amanat terakhir oleh Guru Besar. Sebelum bersurai, ibu bapa dan para tetamu yang lain  dihidangkan dengan jamuan ringan yang ringkas. ...

SELAMAT MAJU JAYA MURID TAHUN 5 DAN 6

Imej
Assalamualaikum WBT. Terlebih dahulu, admin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Selamat Menghadapi Peperiksaan UPKK, UPSR, SPRA, SEPAI, dan SERAI. Semoga dengan keberkatan dan kerajinan anda menghasilkan usaha yang baik.    Warga pendidik di SERI Taiping turut mengucapkan selamat menjawab dan menghadapi peperiksaan besar ini. Selamat Maju Jaya.

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Imej
Assalamu'alaikum WBT  dan Salam Sehati Sejiwa. Bersempena dengan bulan Ogos ini, unit Kokurikulum SERI Taiping melancarkan kempen kibarkan Jalur Gemilang di seluruh SERI Taiping. Alhamdulillah, hasilnya amat-amat memuaskan.    Sepanjang kempen bulan kebangsaan ini juga, turut diadakan ialah pertandingan melukis dan mewarna logo kategori tahap 2 manakala mewarna logo kategori tahap 1.    Pada bulan inilah, kita seharusnya menggalakkan murid-murid kita supaya kenal akan negara, mengenali tokoh-tokoh negarawan terulung, mengetahui sejarah pahit manis untuk menuntut kemerdekaan dari British.    Alhamdulillah, dengan bertemakan #sehatisejiwa ini, murid-murid dapat mengenali dan memahami erti kemerdekaan sebenar. Inilah objektif yang mahu dicapai melalui program-program kali ini. Program yang turut berlangsung ialah, Kategori Tahap 1: 1. Pertandingan Perhiasan Kelas dengan Jalur Gemilang 2. Pertandingan Mewarna  3. Pertandingan Menjawab ...

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

Imej
Assalamu'alaikum WBT, Salam Aidil Fitri. Diam tak diam, bulan Syawal pun menjelma lagi. Sehubungan itu, pihak SERI Taiping mengambil kesempatan ini untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2015 di sekolah.    Majlis dimulakan dengan bacaan doa pada pukul 10.30 pagi. Kemudian, jamuan hari raya diadakan serentak. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Guru Besar dan guru-guru lain.        Jamuan diadakan untuk mengeratkan silaturahim sesama guru dan murid dalam memupuk nadi persefahaman sejagat. Alhamdulillah, majlis kali ini berjalan lancar dan berakhir pada jam 12.10 tengah hari.

SUMBANGAN AIDILFITRI

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Hormat. Bersempena bulan Syawal yang akan menjelang kurang dari seminggu lagi, pihak sekolah dengan rasa penuh tanggungjawab dan penuh  terbuka hatinya, memberi sedikit sumbangan kepada murid-murid SERI Taiping yang kurang bernasib baik. Insya-Allah moga bermanfaat dan dapat meringankan beban. Di kesempatan ini juga, pihak sekolah ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh negara. Pohon ampun  dan maaf jika pihak sekolah mempunyai kekhilafan dan kebatilan yang tak dapat dielakkan. Maaf zahir dan batin.

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT ABIM NEGERI PERAK

Imej
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Perjuangan. Alhamdulillah, syukur rahmat kepadaNya, dengan berkat dan kurniaanNya dapatlah kita menadah tangan tanda kesyukuran atas izinNya Majlis Berbuka Puasa Peringkat ABIM Negeri Perak dilangsungkan dengan jayanya.    Lafaz kesyukuran ini dirafakkan kepadaNya serta inayahNya kerana dapat mengumpulkan kami warga pendidik SERI-SEMI-TAHFIZ-TASKI dan Warga ABIM Negeri Perak hinggalah ke peringkat Daerah Taiping dalam satu majlis yang direncanakan oleh ABIM Negeri Perak.    Tahun ini, giliran SERI Taiping menerima tetamu dari seluruh pelusuk negeri Perak. SERI Taiping dengan tangan terbukanya menerima pelawaan untuk menjadi tuan rumah kali ini.    Majlis dimulakan pada jam 4.30 petang dengan pengumpulan para wakil khatam al-Quran, seterusnya Solat Asar berjemaah, Majlis Khatam al-Quran, tazkirah ringkas, seterusnya Majlis Penyampaian Sumbangan dan Cenderamata kepada para khatamis al-Quran.   Selesai ke...