PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Assalamu'alaikum WBT  dan Salam Sehati Sejiwa.

Bersempena dengan bulan Ogos ini, unit Kokurikulum SERI Taiping melancarkan kempen kibarkan Jalur Gemilang di seluruh SERI Taiping. Alhamdulillah, hasilnya amat-amat memuaskan.

   Sepanjang kempen bulan kebangsaan ini juga, turut diadakan ialah pertandingan melukis dan mewarna logo kategori tahap 2 manakala mewarna logo kategori tahap 1. 

  Pada bulan inilah, kita seharusnya menggalakkan murid-murid kita supaya kenal akan negara, mengenali tokoh-tokoh negarawan terulung, mengetahui sejarah pahit manis untuk menuntut kemerdekaan dari British. 

  Alhamdulillah, dengan bertemakan #sehatisejiwa ini, murid-murid dapat mengenali dan memahami erti kemerdekaan sebenar. Inilah objektif yang mahu dicapai melalui program-program kali ini.

Program yang turut berlangsung ialah,

Kategori Tahap 1:

1. Pertandingan Perhiasan Kelas dengan Jalur Gemilang
2. Pertandingan Mewarna 
3. Pertandingan Menjawab Kuiz
4. Pertandingan Menulis Khat 

Kategori Tahap 2:

1. Pertandingan Perhiasan Kelas dengan Jalur Gemilang
2. Pertandingan Melukis dan Mewarna Logo #sehatisejiwa
3. Pertandingan Mencipta Esei bertemakan #sehatisejiwa
4. Pertandingan Pidato




















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN