MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT

Assalamu'alaikum WBT dan Salam hormat.

Pejam celik, pejam celik dah tiba masanya anak - anak murid SERI Taiping akan menghadapi peperiksaan penting iaitu UPSR, UPKK, SPRA dan SRAI. 

Majlis ini dihadiri oleh ibu bapa murid dalam kalangan tahun 5 dan 6. Turut bersama dalam majlis ini ialah Saudara Mohd Farhan bin Hassan YDP ABIM Daerah Taiping, Encik Mustaffa bin Bakar, Pengerusi Jemaah Sekolah SERI Taiping dan Encik Khalid bin Abdul Azani, YDP BAKA SERI Taiping. Majlis ini bermula tepat pada jam 4.30 petang dan tamat pada jam 6.00 petang.

Majlis dimulakan dengan solat hajat, kemudian solat 'Asar berjemaah. Selesai solat 'Asar, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Guru Besar, Tuan Haji Ab. Rahman bin Abdullah.

Majlis kemudiannya disusuli dengan tazkirah ringkas serta amanat terakhir oleh Guru Besar. Sebelum bersurai, ibu bapa dan para tetamu yang lain  dihidangkan dengan jamuan ringan yang ringkas.

















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH