LAWATAN PASCA UPSR 2019

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan kasih sayang-Nya jualah Jabatan Kokurikulum sekolah ini dapat menganjurkan Lawatan Pasca UPSR sempena meraikan murid-murid tahun enam yang bakal meninggalkan sekolah. 








Lafaz kesyukuran dipanjatkan setinggi-tingginya jua, kerana program lawatan ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan murid dan ibu bapa. 

Lawatan kali ini disertai oleh 20 orang murid tahun 6 dan 17 orang guru serta keluarga guru. Antara tempat yang dilawati ialah Ladang Teh Boh Bharat (Menghala ke Tapah), Ladang Strawberi, MARDI, KEA Farm dan Kebun Sayur Tanah Rata.

Walaupun dilimpahi dengan kehujanan, tapi Alhamdulillah, lawatan diteruskan dengan aman, makmur dan selesa. Peserta yang menyertainya berasa puas dan amat memberangsangkan. Terima kasih semuanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN