HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2019 #MySportChallenge

Assalamualaikum WBT.

Hari ini, hari yang sangat dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu oleh semua murid dan guru. Mana tidaknya, fahaman mereka semuanya sama. HARI MAIN. 😀

Alhamdulillah, HSN Peringkat Sekolah telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Kokurikulum dengan kerjasama semua guru, murid dan staf. Inilah yang sepatutnya diraikan.

HSN Peringkat Sekolah tahun ini ditambah baik dengan melaksana beberapa permainan dalaman seperti Carrom, Sahibba, Catur, Bola Kertas, Luxor, Binggo, Dam Haji / Ular, Batu Seremban, Ceper & lain-lain.








































































Para ibu bapa juga tidak lupa memberi 'bekalan' permainan untuk dimainkan oleh anak-anak mereka bersama kawan-kawan di sekolah. Nampaknya, mereka bukan sahaja diberi 'lampu hijau' daripada guru, malahan daripada ibubapa mereka sendiri. 

Permainan luar yang melibatkan semua murid juga turut dilaksana. Contohnya seperti Sepak Takraw, Bola Tampar, Badminton, Bola Jaring dan Futsal. Untuk tahun ini, futsal telah melibatkan semua murid lelaki tahun 1 hingga tahun 6. Ini sebenarnya dapat memupuk kerjasama dan ikatan ukhwah bukan sahaja daripada darjah yang sama, malahan melibatkan juga darjah yang berbeza.

Hasilnya, hari ini semua murid bebas bermain apa sahaja yang dibenarkan. Mereka bebas berlawan dengan junior mahupun senior. Suka hendak dikatakan, objektif #HSN 2019 kali ini tercapai dengan cemerlang.

Tahniah kepada semua yang terlibat.

"SUKAN MENYATUKAN SEMUA"
"1 MURID, 1 SUKAN"
"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN