SAMBUTAN AIDILFITRI & HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2019

Assalamualaikum WBT. Salam Aidilfitri.

Di kesempatan ini, pihak sekolah sebelum itu ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada ibu bapa, murid-murid, agensi-agensi ABIM seluruh Malaysia dan seluruh umat Islam walau di mana mereka berada.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya Sambutan Aidilfitri & Hari Guru 2019 dapat dijalankan mengikut jadual. Alhamdulillah atas rahmat-Nya.

Sambutan Aidilfitri kali ini diadakan sekali gus dengan Sambutan Hari Guru kerana kekangan waktu. Walaupun secara sederhana, majlis tetap berlangsung dengan meriah. 

Majlis dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Us Rawhul Bukhari dan Adik Muhd. Ibrahim Hj. Othman. Seterusnya. Sesi pertukaran hadiah dalam kalangan guru dan persembahan terus dilangsungkan.















































Sesi menjamu selera dimulakan pada jam 10.30 pagi. Pelbagai juadah yang disediakan. Ada dari pihak kantin, sumbangan ibubapa, bekas pelajar dan daripada guru sendiri. 

Majlis berakhir jam 11.30 pagi dengan ucapan daripada Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN