PERTANDINGAN BAYBLADE TERBUKA

Assalamualaikum WBT.

Hari ini, adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar tahun 2-4. Apa tidaknya, Pertandingan Bayblade Terbuka yang telah disebut-sebut sejak sebelum Ramadan lagi telah diadakan.

Bayblade adalah sejenis permainan gasing moden yang telah diperbaharui dan dikontemporarikan mengikut kehendak zaman. Ia bukanlah suatu yang pelik, malahan ia juga satu kesinambungan sihat antara pelajar dengan pelajar lain.














































Objektif Jabatan Kokurikulum sekolah ini mengadakan pertandingan ini sebenarnya lebih kepada mengadakan aktiviti kepada murid tahap 1 yang sememangnya kurang penglibatannya dalam aktiviti luar darjah. Di samping mengeratkan silaturahim, pelajar juga dapat memupuk aktiviti sihat daripada asyik dengan gajet sahaja.

Pertandingan dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Sesi pendaftaran dimulakan seawal jam 8.30 pagi oleh Cikgu Amir Akhmal. Pertandingan kali ini disertai oleh 40 orang pelajar terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan dari tahun 2 hingga tahun 4.

Alhamdulillah, ibu bapa juga memberi komitmen yang baik sepanjang pertandingan berlangsung. Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN