SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 1440 HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum WBT, Salam Israk dan Mikraj.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Program Israk Wal Mikraj berjaya dilaksana mengikut jadual.

Walaupun dengan kesibukan tugasan, Jabatan Adiniah masih lagi berusaha menjalankan program keagamaan mengikut takwim yang telah direncana lebih awal lagi.

































Program yang dimulakan dari jam 9.00 pagi dengan tayangan video penerangan Israk Wal Mikraj daripada Puan Noor Addri Suzzana selaku Penolong Kanan Addiniah. Siri kartun popular 'Omar dan Hana' telah menerangkan dengan jelas erti sebenar peristiwa Israk dan Mikraj.

Jam 9.30 pula disusuli dengan sedikit penerangan daripada Us Rawhoul Bukhari tentang beberapa peristiwa Isra dan Mikraj. 

Jam 10.40 pagi, mulalah beberapa pertandingan seperti melakar poster (tahap 1) dan mereka bendera islamik (tahap 2). Bagi pertandingan yang tidak sempat ditamatkan, pertandingan akan bersambung jam 2.30 petang ini. 

Terima kasih diucapkan kepada semua murid dan guru atas komitmen yang diberikan sepanjang mengawal program Israk Wal Mikraj kali ini.

'PEMBANGUNAN UMMAH MENYEMAI JIWA UMMATIK'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN