IHTIFAL KAFA KAWASAN TAIPING (2) TAHUN 2019

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi diberikan kesempatan dan peluang untuk sama-sama berhimpun dalam Majlis Ihtifal KAFA Kawasan Taiping 2019. 

Pada hari ini, bukan sahaja warga SERI TAIPING, malah seluruh sekolah-sekolah agama rakyat Kawasan Taiping amat berbangga kerana dapat bersama-sama berkumpul di majlis yang penuh bersejarah ini.

Mewakili pentadbir , saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja Majlis Ihtifal KAFA khususnya dari SERI TAIPING kerana telah berjaya merealisasikan satu amanah yang begitu ampuh dan begitu membanggakan ini. Sesungguhnya majlis pada hari ini menjadi satu platform ke arah pembangunan minda dan menjadi saksi kepada kejayaan dalam perkembangan dunia pendidikan addiniah ini.







Seyogia dengan itu, majlis kali ini SERI TAIPING telah menghantar peserta menyertai KHAT, HAFAZAN, AZAN & BERCERITA. 

Alhamdulillah, kali ini acara Azan yang disertai oleh Muhd Huzaifah telah mendapat Naib Johan diikuti acara Hafazan Al Quran (Lelaki), Muhd Ibrahim bin Othman juga di tempat kedua.


Tahniah diucapkan. Syabas. Anda semua mengharumkan nama sekolah.

'KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN