HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2018

Assalamualaikum WBT dan Salam Hari Sukan Negara.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan perkenan-Nya #hsn2018 peringkat sekolah bawah Jabatan Kokurikulum berjaya dilaksanakan. Lafaz sekalung terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada semua guru dan murid atas komitmen yang baik sepanjang #hsn2018 kali ini dilangsungkan.






















Untuk #hsn2018 ini, Jabatan Kokurikulum Seri Taiping menyediakan beberapa acara seperti Futsal Mini, Bola Jaring, Congkak, Karom, Ceper, Pingpong, Dam Haji, Catur, Badminton, Sepak Takraw, Sahibba dan sebagainya. 

Tujuan #hsn2018 ini adalah untuk mengasuh serta mengasah bakat para murid serta mendokong aspirasi kerajaaan dalam memartabatkan semangat kesukanan seawal usia kanak-kanak lagi. 

Mewakili sekolah dan pentadbiran, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kerana menyokong aktiviti sekolah dan menjadikan #hsn2018 sebagai acara tahunan dan wajib dipersembahkan saban tahun. 

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"
"SUKAN MENYATUKAN SEMUA"
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN