LAWATAN KE TERENGGANU & KELANTAN ANJURAN JAB. KOKURIKULUM DAN BAKA

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Alhdamdulillah. Berjaya juga akhirnya BAKA dengan kerjasama Jab. Kokurikulum menganjurkan lawatan Mahabbah di Terengganu dan Kelantan pada tahun ini.

Seraya dengan itu, penglibatan daripada ibubapa juga dalam misi melawat kedua-dua negeri pantai timur itu turut berjaya dan amat menggalakkan. 





Kami bertolak jam 10.30 malam pada 12/10/2018 dari SERI TAIPING terus menuju ke Terengganu. Lebih kurang 10 jam perjalanan, ki berhenti rehat di sebuah masjid di daerah Jertih, Terengganu. Kemudian terus ke Taman Tamadun Islam, River Cruise, Masjid Kristal serta Monumen TTI. Sehabisnya kami di sana, kami dibawa melawat ke De Arfa Batik, iaitu tempat pengeluaran batik Terengganu. Sesudah itu, tempat yang wajib dilawat mestilah di Pasar Payang. Banyak barang yang murah di sana.

Jam 7.00 malam kami bergerak ke Kelantan. Dengan badan yang agak letih, jam 11.00 malam kami tiba di Wakaf Che Yeh, berhampiran dengan penginapan kami. Di situ juga, terdapat Pasar Besar Siti Khadijah. 

Keesokan harinya, kami ke Pasar Besar Siti Khadijah dan terus ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Selepas 30 minit berada di PCB, kami terus bergerak ke SERI AL HIKMAH, KELANTAN, sebuah sekolah di bawah kelolaan ABIM juga yang bertapak di Kelantan. 

Hampir dua jam di SERI KELANTAN, kami singgah ke Rantau Panjang untuk membeli-belah makanan, pakaian, serta permainan yang digemari kanak-kanak. Seterusnya, pada pukul 5.30 petang, kami singgah pula di Bukit Bunga sewaktu perjalanan pulang. Di situlah destinasi akhir lawatan kami ini.

Terima kasih kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa yang menjadi tulang belakang menyertai lawatan mahabbah kali ini. Semoga berjumpa lagi di lain lembaran, lnsya-Allah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH