SAMBUTAN HARI GURU

Assalamu'alaikum WBT, Selamat Hari Guru.

Terlebih dahulu marilah kita merafakkan sembah takzim kepada Yang Maha Pencipta kerana dengan limpah dan kurniaNya, izin daripadaNya, dapatlah majlis sambutan hari guru peringkat sekolah ini diadakan dengan lancar.

   Walaupun diadakan secara sederhana serta ringkas, majlis tetap berlangsung dengan jayanya serta dengan baik. Para pengawas sekolah berganding bahu bertungkus-lumus  mengadakan hari bersejarah ini untuk menghargai para pendidik yang mereka kasihi. Alhamdulillah, sebagai salah seorang guru yang berkhidmat di SERI Taiping, saya turut berasa bangga dan amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan.

   Majlis ini bermula tepat pada jam 9.00 pagi . Majlis dimulakan dengan sesi nyanyian lagu wajib pada hari guru, "GURU MALAYSIA" , diikuti dengan lagu Asma Ul Husna. Seterusnya, ucapan daripada YDP ABIM Taiping, Encik Zamri Bin Ariffin, Ucapan Guru Besar, Tuan Haji Ab Rahman Abdullah, Ucapan Wakil BAKA, Cikgu Siti Salwa bt Hadzir dan ucapan daripada Cikgu Nurul Husna Abu Bakar yang membacakan perutusan Hari Guru daripada YTP.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan acara sukaneka guru yang dipersembahkan oleh ketiga-tiga badan pengawas sekolah. Alhamdulillah, sokongan dan 'sporting' para guru amat memberangsangkan. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada murid tahun 3, 4 , 5 dan 6. 

   Akhir sekali, upacara pertukaran hadiah, penyampaian hadiah sukaneka serta anugerah yang telah diundi secara telus oleh pelajar-pelajar SERI Taiping. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Guru Paling Sporting, Guru Paling Bergaya, Guru Paling Aktif, Guru Paling Berdisiplin, Guru Paling Tegas dan Guru Paling Baik. 

   Majlis berakhir tepat pada jam 4.30 petang.















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN